Kamera OM SYSTEM OM-3 Akan Diperkenalkan Pada 6 Februari Ini
Nazrin
Jika anda ingat tentang kamera-kamera Micro Four Thirds yang dipopularkan oleh Olympus, jenama pengimejan dari Jepun, anda pastinya ingat tentang model kamera seperti OM-D, ada berita baik untuk anda.

OM SYSTEM, jenama kamera oleh syarikat pengimejan OM Digital Solutions baru sahaja memperlihatkan video acah mengenai sebuah pengumuman berkenaan kamera terbaru mereka, OMSYSTEM OM-3.
Video ini mengacahkan rekaan kamera tersebut dan telah mengatakan bahawa pengumuman rasmi berkenaannya akan diperlihatkan pada 6 Februari 2025.

Rekaannya tidak jauh daripada siri kamera siri OM yang diperlihatkan sebelum ini, dengan gabungan warna perak dan hitam yang memberikannya rekaan lebih retro dan industrial. Daripada video yang dilihat, kamera ini nampaknya akan hadir dengan butang-butang dial yang membolehkan pengguna mengubah tetapan warna dan penuras.
Apa-apa pun, kami akan menunggu pengumuman oleh OM SYSTEM berkenaan kamera ini tidak lama lagi.