Carian Google Search sekarang adalah cacamarba jika dibandingkan dengan lima tahun lalu. Kerap kali kamis sedari keputusan Search di muka pertama laman langsung tidak berkaitan dengan apa yang ingin kami cari. Ini semuanya kerana algoritma ditetapkan oleh Google. Bagi pengguna enjin carian Brave, anda kini boleh menetapkan sendiri ranking setiap laman yang diberikan dalam keputusan carian.

Ciri Rerank yang diberikan ini sedikit sebanyak mengembalikan kuasa ke tangan pengguna. Pengguna boleh memberikan ibu jari ke atas sebagai tanda ia adalah keputusan carian yang baik ataupun sebaliknya. Ia juga membolehkan pengguna meminta Brave untuk tidak memaparkan lagi laman yang tidak relevan dalam keputusan carian yang seterusnya.
Ia diakses menggunakan panel pada sisi kanan laman web. Apabila keputusan carian diberikan, pengguna boleh melakukan undian baik atau buruknya keputusan yang diberikan terus dari dalam panel ini. Senarai laman-laman yang pernah diundi berdasarkan undian yang dilakukan juga dilakukan dalam panel yang sama. Dengan ini jika pengguna berubah fikiran, mereka dapat melakukannya dengan pantas. Untuk mencuba ciri ini anda boleh terus ke laman Brave Search.