Perplexity baru-baru ini telah mengemaskini aplikasi mereka, memudahkan pengguna setia untuk mengakses ciri AI yang dibawakan pada peranti Android. Jika anda tidak meminati Google Assistant atau Gemini, Perplexity kini boleh dijadikan sebagai pembantu digital lalai anda.

Buka sahaja tetapan aplikasi Perplexity dalam peranti Android, tatal ke bawah dan cari Enable Assistant. Kemudian anda boleh pilih Perplexity sebagai pembantu lalai. Anda kemudian boleh menyeru Perplexity dengan tekan dan tahan butang kuasa (jika telah ditetapkan) atau juga dengan gestur dari penjuru bawah skrin.
Memandang Perplexity turut telah menyokong ciri perbualan, anda boleh berbual dengan Perplexity untuk melakukan carian. Bagi yang tidak tahu, Perplexity adalah antara perkhidmatan AI generatif yang memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI.