Saya yakin ini akan berlaku kepada semua orang, di mana anda terjumpa sebuah laman web dengan kandungan yang menarik kemudian menjadi lalai kerana leka dengannya? Disebabkan perkara ini, produktiviti anda akan terjejas dan oleh itu TabBoo adalah pemalam yang boleh menyelesaikan isu ini.

Seperti yang ternyata dalam namanya TabBoo akan memaparkan imej menyeramkan secara mengejut pada tab pelayar web yang terbuka di komputer. Selepas memasang pemalam ini, anda boleh tetapkan kebarangkalian untuk imej hantu muncul mengejutkan anda.

Anda perlu berhati-hati, kerana jika anda benar-benar mudah terkejut – skrin laptop atau skrin monitor anda berada dalam keadaan sangat berisiko untuk tidak sengaja ditumbuk. Setiap imej menyeramkan yang muncul turut ada kesan bunyi yang rawak yang mengerikan.
Untuk menggunakan ciri ini, muat turun dan pasang TabBoo dari Chrome Web Store. Mana-mana pelayar web berasaskan Chromium seperti Edge boleh digunakan pada komputer Windows atau macOS akan menyokongnya. Kemudian pada tetingkap TabBoo, tetapkan laman web yang anda ingin imej seram dipaparkan bagi mengelakkan anda terus lalai daripada melakukan kerja.