Carian
Leica Melancarkan Edisi Istimewa Leica M11  Sempena Ulang Tahun Ke-100
January 24, 2025 Amy Maizuraa

Pejam celik pejam celik, Leica Camera AG yang merupakan jenama kamera terkenal menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya tahun ini. Jenama itu meraikan tahun istimewa ini dengan melancarkan produk eksklusif yang menawarkan ciri-ciri inovatif dan pilihan reka bentuk yang boleh diperibadikan.

Antaranya adalah seperti Leica M11 “100 Years of Leica” Limited Edition dengan enam pilihan edisi eksklusif yang dikeluarkan bersama (iaitu New York USA, Dubai UAE, Tokyo Japan, Milan Itali, Wetzler Germany dan Shanghai China) dalam jumlah yang terhad dengan hanya 100 unit dan disediakan di negara yang sepadan. Ia juga cantik yang menjadi tarikan pengumpul untuk digunakan sebagai koleksi berharga.

Menggunakan tubuh asal M11 sebagai binaan, Leica telah menambah ukiran menarik pada plat di bahagian atas. Ukiran tersebut juga bergantung pada varian negara yang ditawarkan. Logo ulang tahun ke 100 Leica disertakan pula menggantikan logo ikonik titik merah pada model sedia ada. Selain itu disediakan dalam kemasan serba hitam berkilat yang diilhamkan daripada kamera digital M mereka.

Leica mengambil peluang untuk melancarkan dua patung beruang edisi khas iaitu Elsie” dan “Ernst. Ianya setinggi 28mm, dan dilengkapi bulu berwarna coklat bersama ikon kamera model Leica. Hanya 500 unit setiap satu tersedia di seluruh dunia. Sebagai pilihan, Leica juga menawarkan patung beruang dinamakan Steiff Teddybär Cuddle yang lebih kecil dan tidak terhad.

Bukan itu sahaja, terdapat juga barangan eksklusif lain yang disertakan logo ulang tahun ke-100 termasuk Leica Pin, 3D Puzzle Leica I, Leica Shopping Bag, Leica Keyring, Leica Bracelet dan banyak lagi. Koleksi seratus tahun Leica ini adalah bukti pengaruhnya yang kukuh terhadap fotografi, di samping menggabungkan sejarah dan inovasi untuk peminat setia.

Komen