Carian
Meta Memulakan Ujian Paparan Pengiklanan Di Threads
January 25, 2025 Aman

Meta hari ini secara rasminya mengumumkan, mereka telah memulakan ujian paparan iklan secara terhad pada Threads, iaitu laman sosial terbaru yang diposisikan dibawah Instagram. Meta mengatakan ia diuji secara terhad, dan melibatkan sejumlah kecil pengiklan sahaja buat masa ini.

Meta mengatakan kini Threads mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan, dan tiga per empat pengguna mengikuti sekurang-kurangnya satu akaun perniagaan.

Pengurusan pengiklanan di Threads akan dilakukan melalui penawaran Ads Manager sedia ada Meta. Iklan pula dipaparkan dalam bentuk paparan lebih kurang seperti perkongsian biasa, tetapi dilabelkan sebagai “Iklan” atau “Ditaja”.

Untuk fasa ujian, iklan akan dipaparkan pada halaman utama, dan turut menggunakan paparan gambar bersama dengannya. Buat masa ini, pengiklanan di Threads diuji dibeberapa buah negara sahaja, dan dijangka diperluaskan ke global.

Komen