Carian
Sebanyak 68% iPhone Kini Menjalankan iOS 18, 19% Menjalankan iOS 17
January 25, 2025 Aman

Apple kini telah mengemaskini halaman statistik semasa, sekaligus memperlihatkan 68% iPhone di seluruh dunia kini menjalankan sistem operasi terbaru, iOS 18 yang diperkenalkan sejak penghujung 2024 lepas.

Disamping itu, sebanyak 19% iPhone di seluruh dunia menjalankan iOS 17, dan 13% selebihnya menjalankan sistem operasi yang lebih lama daripada itu. Apple mengambil data ini berdasarkan kepada peranti yang berhubung dan melakukan transaksi pada App Store, setakat 21 Januari 2025.

Angka ini kebiasaannya membantu para pembangun dalam membangunkan dan mengoptimasikan aplikasi mereka kepada versi sistem operasi yang paling ramai gunakan.

iOS 18 sedia boleh dijalankan pada iPhone XS dan terkini, serta membawakan beberapa sejumlah ciri khusus untuk iPhone terkini dengan fokus kecerdasan buatan dinamakan Apple Intelligence.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda menggunakan sistem operasi versi apa pada peranti anda hari ini?

Komen