Pengguna Penghalang Iklan Di YouTube Akan Menerima Iklan 1 Jam Yang Tidak Boleh Dilangkau
Fahim Zahar
YouTube sejak tahun lepas semakin serius dalam memerangi pengguna yang menggunakan penghalang iklan pada platform mereka. Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi. Terbaru, beberapa pengguna melaporkan masalah iklan yang terlampau panjang yang tidak boleh dilangkau.

Menurut laporan Android Authority, segelintir pengguna menghadapi masalah iklan yang panjang sekitar satu jam atau lebih yang tidak boleh dilangkau. Apabila ditanya kepada Google, mereka menjawab yang penggunaan penghalang iklan diharamkan dan untuk menikmati pengalaman penstriman bebas iklan langganan YouTube Premium diperlukan.
Ini bermakna, penggunaan penghalang iklan kini akan memaparkan iklan lebih satu jam yang tidak boleh dilangkau di YouTube.
[sumber] Android Authority [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.