Sony PlayStation baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-10 mereka khusus untuk pasaran China. Sempena sambutan ulang tahun ini, PlayStation akan memberikan penjejak kesihatan edisi khas kepada pengguna PlayStation yang bertuah. Menariknya, ia adalah penjejak kesihatan oleh Xiaomi.

Menurut ITHome, penjejak kesihatan edisi khas Sony PlayStation ini adalah Xiaomi Smart Band 9 Pro. Perbezaan utamanya dikatakan adalah pada kotak bungkusan yang sedikit mewah, kemudian adalah tali jam berwarna biru dengan simbol kekunci ikonik PlayStation, tali jam berwarna kelabu, kabel pengecasan putih dan Xiaomi Smart Band 9 Pro yang biasa.

Sayang sekali, penjejak kesihatan ini terhad untuk pasaran China sahaja dan hanyalah untuk pengguna yang bertuah kerana ia tidak dijual. Di Malaysia, Xiaomi Smart Band 9 Pro dijual pada harga RM339. Ia hadir dengan skrin AMOLED 1.74-inci, menyokong lebih 150 mod sukan dengan keupayaan GPS terbina, melepasi penarafan 5ATM dan boleh berfungsi sehingga 21 jam lamanya dengan sekali pengecasan.