Monitor Illegear INSIGHT 24 Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM380
Amy Maizuraa
Illegear melancarkan kemaskini monitor baharu keluarannya iaitu INSIGHT 24 yang menawarkan prestasi lebih baik termasuk padanan spesifikasi terkini. Ia sesuai untuk semua lapisan pengguna terutaanya bagi mereka yang memerlukan peranti berkeupayaan untuk melaksanakan segenap tugas dengan baik.

Illegear INSIGHT 14 menggunakan skrin 16:9 sebesar 23.8-inci dengan resolusi FHD, kadar segar semula 120Hz dan masa tindak balas 5ms. Sokongan AMD FREESYNC dan NVIDIA G-SYNC disertakan pada monitor yang mampu memaparkan 89% warna SRGB.

Bagi mereka yang tidak menggunakan tapak dan leher sebuah cagak VESA 100×100 (mm) diletakkan di bahagian belakang. Dengan cagak VESA ini pengguna boleh menyambungkan kepada angkup meja atau digantung terus ke dinding bilik. Input yang disokong ialah VGA, HDMI 1.4 dan bicu audio 3.5mm untuk pilihan sambungan cukup baik. Di samping sepasang speaker stereo dengan output kuasa 2W diberikan sebagai pelengkap.

Illegear INSIGHT 24 sudah boleh dipratempah sekarang melalui laman web rasmi pada harga RM380. Setiap pembelian turut diberikan kabel HDMI (RM39) secara percuma untuk masa terhad.