Ciri Multi-Akaun Untuk WhatsApp Pada iOS Kini Sedang Diuji
Fahim Zahar
Antara ciri paling berguna Meta berikan kepada pengguna WhatsApp adalah ciri multi-akaun. Pada satu peranti dan saru aplikasi WhatsApp boleh ada banyak akaun aktif pada satu masa yang sama. Ia berguna untuk pengguna yang mempunyai banyak nombor telefon atau untuk yang menguruskan perniagaan. Sayang sekali, ciri ini terhad untuk pengguna Android sahaja dan selepas dua tahun versi iOS akan ditawarkan.

Ciri ini kini dalam peringkat ujian, dan belum tersedia kepada pengguna beta lagi. Ini bermakna, ciri ini mungkin akan tiba dalam masa terdekat atau mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi sehingga ia menjadi stabil untuk digunakan. Seperti pada peranti Android, selepas pengguna masukkan akaun kedua – aplikasi akan dimulakan semula untuk WhatsApp dengan nombor kedua pula beroperasi. Data kedua-dua nombor diasingkan tetapi boleh disimpan dan disandarkan di bawah emel yang sama.
[sumber] WABetaInfo [/sumber]