Carian
Apple Dilaporkan Masih Serius Dalam Pembangunan AirPods Dengan Kamera
January 27, 2025 Fahim Zahar

Apple AirPods adalah TWS pertama di dunia yang mengubah pasaran produk audio nirwayar untuk telefon pintar. Kini selepas pesaing menawarkan pelbagai iterasi yang lebih baik, Apple masih mencari jalan untuk bersaing. Mereka telah dianugerahkan paten AirPods dengan skrin dan terbaru, serius dalam pembangunan AirPods dengan kamera terbina.

Kamera ini dikatakan bukan untuk rakaman gambar arau video, tetapi adalah untuk sensor infra merah. Ia dikatakan adalah sensor infra merah yang sama digunakan bersama Face ID. Fungsi sebenar sensor ini masih tidak didedahkan, tetapi dikatakan mungkin adalah untuk pengalaman audio spatial lebih realistik. Penggunaannya juga mungkin memerlukan Apple Vision Pro.

Selain itu, sensor ini turut dijangka boleh membawakan sokongan kawalan gestur atas udara mengesan pergerakan tangan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan butiran lebih lanjut jika AirPods ini menjadi kenyataan.

Komen