Carian
Saiz Dynamic Island Pada iPhone 17 Tidak Akan Mengecil
January 27, 2025 Fahim Zahar

Apple dikatakan secara berperingkat akan mengecilkan saiz lubang pada skrin iPhone untuk suatu hari nanti akan ada iPhone dengan skrin nirbingkai sepenuhnya. Ia bermula dengan takuk, kemudian beralih kepada lubang untuk Dynamic Island dan ia mengecil sehinggalah terus skrin imersif. Sayang sekali, ia tidak akan mengecil dalam masa terdekat menurut Ming-Chi Kuo.

Ia dikhabarkan sepatutnya barisan iPhone 17, Apple akan mengecilkan saiz Dynamic Island. Apple turut dikatakan ingin menggunakan metalens yang memberi ilusi saiz semakin kecil, tetapi perkara ini turut tidak akan berlaku. Sebaliknya, semua iPhone 17 akan kekal dengan saiz Dynamic Island yang sama.

iPhone 16 disunting tanpa Dynamic Island

Lagi pun, penggunaan Dyanmic Island baru diperkenalkan pada tahun 2022. Tiga tahun masih belum cukup, kerana untuk Apple tukar dari takuk besar ke Dynamic Island pun mengambil masa 5 tahun. Mana tahu, iPhone 17 Air mungkin akan membawakan perubahan besar iPhone sebelum iPhone lain menerimanya? Sama-sama kita nantikan.

Komen