Carian
ASUS Malaysia Melancarkan Siri Komputer Riba Dengan Copilot Baharu Untuk Pelajar
January 27, 2025 Amy Maizuraa

ASUS memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan melancarkan beberapa komputer riba baharu daripada siri BR yang direka khusus untuk pelajar. Menerusi pengenalan berkenaan, ASUS menyediakan empat pilihan model iaitu BR1204CTA, BR1204FTA, BR1104CTA dan BR1104FTA. Kesemuanya didatangkan dengan rekaan tahan lasak bersama padanan spesifikasi terkini. Selain itu ciri-ciri yang baik bagi memenuhi keperluan semua segmen pelajar dan pengajar.

Menyentuh aspek spesifikasinya, BR1204CTA dan BR1204FTA dikuasakan dengan pilihan CPU Intel Processor N150 dan Intel® Processor N250 bersama padanan memori (RAM) 16GB LPDDR5-6400MHz. Ia juga menyokong GPU Intel UHD graphics bersama storan dalaman UFS 3.1 256GB + PCIe GEN4 SSD 1TB manakala kapasiti bateri adalah 42Wh/50Wh. Di samping menawarkan paparan 12.2″ WUXGA 1920 x 1200 bernisbah aspek 16:9 (panel sesentuh adalah pilihan) dan menyokong stylus terbina.

Bagi kemudahan pengguna, komputer riba ini menyokong sebuah butang CoPilot sekali gus membolehkan pengguna mengakses ciri AI dengan cepat. Terdapat juga teknologi Antimicrobial Guard ASUS (pilihan) bagi menghalang pertumbuhan bakteria untuk persekitaran pembelajaran yang lebih bersih. Selain itu mempunyai papan kekunci yang tahan tumpahan air sehingga 405cc cecair. Pilihan I/O terdiri dengan 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1 x USB 2.0 Type-C, 1 x HDMI® 1.4b, bicu audio 3.5mm dan 1 x palam RJ45.

BR1104CTA dan BR1104FTA pula mempunyai pilihan paparan HD (1366 x 768 piksel) sebesar 11.6-inci yang bernisbah aspek 16:9 dan menyokong stylus terbina. Ia juga dikuasakan dengan pilihan CPU Intel Processor N150 dan Intel® Processor N250 bersama padanan memori (RAM) 16GB LPDDR5-6400MHz.

Selain itu menyokong GPU Intel UHD graphics bersama storan dalaman UFS 3.1 256GB + PCIe GEN4 SSD 1TB manakala kapasiti bateri adalah 42Wh/50Wh. Sebuah butang CoPilot disediakan membolehkan pengguna mengakses ciri AI dengan cepat. Terdapat juga pelbagai port dan sambungan termasuk 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1 x USB 2.0 Type-C, 1 x HDMI 1.4b, bicru audio 3.5mm, 1 x palam RJ45 dan menyokong WiFi 6E.

Menurut ASUS, pengguna masih boleh menetapkan konfigurasi spesifikasi bagi komputer riba baharu ini berasaskan keperluan masing-masing. Siri ASUS BR1104 kini boleh didapati di Malaysia, dengan siri ASUS BR1204 akan tersedia tidak lama lagi. Harga adalah berbeza-beza mengikut konfigurasi dan anda boleh mendaftar minat untuk menerima maklumat lebih lanjut.

Komen