Carian
Samsung Galaxy A56 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
January 27, 2025 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy A56 5G telah ditemui di laman persijilan SIRIM sekali gus memberi petanda boleh ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Ia didaftarkan oleh Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd dengan kod nama SM-A566B/DS (Galaxy A56 5G) sejak 24 Januari 2025.

Samsung bagaimanapun masih belum melancarkan peranti ini secara rasmi setakat ini. Namun dalam konteks modern, model ini sering dapat menarik perhatian dan minat pengguna. Terdapat aspek utama yang boleh diambil kira seperti penampilan rekaan dan perkakasan dalaman yang premium. Ia juga sesuai untuk pengguna kontemporari untuk menampilkan impak serta aura tersendiri.

Gambar sekadar hiasan – Galaxy A55 5G

Kalau mengikut pada perkiraan, ia dijangka dilancarkan pada pertengahan Mac 2025. Memandangkan Samsung telah selesai dengan acara pelancaran Galaxy S25, ia boleh memberi tumpuan kepada peranti lain termasuk Galaxy A36 yang dijangka diperkenalkan bersama peranti ini.

Komen