Cari @ Amanz

Memo Tertitis Apple Menyatakan Pembangunan Siri Dengan AI Adalah Fokus Utama 2025

Link Copied!

Tahun ini, Apple dijangka akan mengubah Siri menjadi pembantu digital yang lebih berkuasa dengan integrasi Apple Intelligence. Siri sejak tahun lepas dengan iOS 18, sudah pun menjadi semakin pantas – namun ia masih dungu dan tidak cerdik seperti Google Gemini.

Siri dan ChatGPT

Memo tertiris baru-baru ini dilaporkan oleh Mark Gurman melalui Bloomberg, di mana fokus Apple pada tahun ini adalah untuk AI. Apple akan fokus kepada pembangunan semula Siri bagi mengubah teknologi teras yang menjayakannya. Siri baharu dijangka akan menyokong model bahasa raya Apple tersendiri untuk menjadi cerdik dan memahami bahasa yang semula jadi seakan berbual bersama manusia.

Bukan itu sahaja, Apple turut dikhabarkan akan menambahbaik model bahasa raya mereka yang sedia ada bagi menjadi lebih bagus dan sesuai untuk digunakan oleh pengguna produk mereka. Buat masa ini masih tidak pasti jika pengguna dapat menikmati Siri baharu dengan iOS 18 atau hanya akan diedarkan kepada orang ramai dengan iOS 19. Sama-sama kita nantikan.


Komen ()