OnePlus 13 Menambah Ciri Penterjemahan AI Mirip Samsung Galaxy AI
Fahim Zahar
Tahun lepas, selepas siri Galaxy S24 dilancarkan oleh Samsung – ramai teruja termasuk saya akan ciri Galaxy AI yang ditawarkan. Namun, pengeluar peranti China kemudian menawarkan ciri AI lebih dahsyat seperti sokongan Bahasa Melayu dan pemprosesan lebih pantas yang tidak boleh didapatkan pada Galaxy AI. Terbaru, OnePlus pula menawarkan ciri AI mirip Samsung.

Ciri ini adalah penterjemahan AI. Dalam kemas kini Oxygen OS 15 CPH2653_15.0.0.405(EX01), aplikasi Translate disertakan. Di dalam aplikasi ini terdapat dua ciri penterjemahan boleh digunakan iaitu Conversation dan Live. Selain itu, ia turut boleh menterjemah kandungan yang terpapar dalam skrin secara masa nyata dengan bahasa yang pengguna faham. Di dalam peranti Samsung, ciri ini digelar sebagai Intepreter dan Listening mode.
Penggunaan pada peranti OnePlus juga sangat mudah, hanya buka aplikasi Translate dan terus tekan ciri yang ingin digunakan. Perlu diingatkan, ciri Screen Translate pada bar sisi OnePlus adalah teknologi penterjemahan Google Lens bukan yang tersendiri yang mungkin menggunakan AndesGPT.