Carian
Apple TV+ Diwajibkan Melabur Kepada Industri Hiburan Perancis Jika Ingin Beroperasi Di Sana
January 27, 2025 Fahim Zahar

Apple baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Perancis untuk meneruskan operasi Apple TV+ di sana. Perjanjian ini adalah untuk Apple bersetuju dengan akta undang-undang 2021 Perancis iaitu SMAD yang memerlukan syarikat hiburan melabur kepada kandungan digital tempatan.

Di dalam perjanjian ini, ia tidak termaktub dengan kandungan yang akan ditayangkan di pawagam. Apple perlu melabur sebanyak 20% berdasarkan pendapatan Apple TV+ tahun sebelumnya untuk semua kandungan digital yang memerlukan langganan bulanan, kandungan bayar untuk sekali tonton, dan video-video percuma.

Perjanjian ini adalah untuk selama 4 tahun, di mana Apple turut perlu melabur sebanyak 70% untuk pembangunan projek indie dengan penerbit dam pencipta projek ini akan memegang hak kandungan tersebut. Apple turut akan mempunyai kuota yang perlu ditunaikan dalam masa empat tahun. Salah satu kuota ini adalah kandungan dokumentari dan animasi.

Ketika artikel ini ditulis, Apple TV+ sudah pun ada tiga projek berbahasa Perancis untuk Apple TV+. Liaison, lakonan Eva Green dan Vincent Cassel; La Maison siri mengenai jenama fesyen terkena; dan siri ngeri 6-episod akan datang A L’ombre Des Forets. Walaupun Apple TV+ berada di Malaysia dan Apple Store telah pun dibuka, masih tiada sebarang informasi jika Apple TV turut akan menawarkan kandungan ekslusif untuk Malaysia atau dalam bahasa Melayu.

Komen