Cari @ Amanz

Diskaun Pengecasan 30% Untuk Pemilik Kereta Elektrik Smart & Proton e.MAS 7 Khas Sempena Tahun Baru Cina

Link Copied!

Pada tahun lalu sewaktu musim perayaan Aidilfitri, Pro-NET iaitu anak syarikat Proton yang bertanggungjawab dalam memasarkan kereta elektrik jenama Smart telah menawarkan diskaun pengecasan untuk kereta elektrik Smart #1 pada waktu tersebut. Khas untuk merayakan Tahun Baru Cina kali ini, Pro-NET turut menawarkan diskaun pengecasan yang kini turut menyertakan Proton e.MAS 7 dan juga rakan pengecasan mereka yang terbaharu iaitu ChargeSINI dan juga CarputZAP. 

Dari 25 Januari sehingga 3 Feb 2025, pengguna kereta elektrik Smart dan juga Proton e.MAS 7 akan menerima diskaun sebanyak 30% selama 10 hari. Pemilik kereta elektrik perlu mengaktifkan pengecas menggunakan aplikasi yang disediakan, iaitu aplikasi Proton e.MAS ataupun aplikasi Hello Smart. 

Sebanyak 6 jenis pengecasan yang menyokong aplikasi Proton e.MAS antaranya Gentari, JomCharge, ChargEV, DC Handal, ChargeSini dan juga Carput ZAP. Menerusi integrasi ini, pengguna juga dapat melihat status pengecasan terus menerusi aplikasi. Malah sistem pemetaan didalam Proton e.MAS 7 turut memaparkan jarak perjalanan yang boleh dilakukan berdasarkan kapasiti bateri dan dengan diskaun pengecasan yang ditawarkan ini, ia semestinya menawarkan kemudahan buat pemilik kereta elektrik yang dipasarkan Pro-NET. 


Komen ()