Touch n Go eWallet kini menambah sebuah lagi ciri baharu pada dompet digital mereka, iaitu fungsi dinamakan Device2Cash. Melaluinya, pengguna boleh dengan mudah melakukan penilaian kasar peranti mereka, dan melihat kepada harga anggaran untuk dijual sebagai peranti terpakai.

Ini sekaligus memudahkan anda mengubah peranti anda kepada wang, sekiranya ingin menaik-taraf peranti, atau tidak menggunakannya lagi. Dengan integrasi bersama Touch n Go eWallet, anda akan menerima bayaran terus ke dompet digital selepas pelbagai proses disahkan.
Selain peranti yang digunakan semasa, pengguna turut boleh menyemak harga jualan untuk peranti terpakai dalam pelbagai kategori, termasuk komputer riba, jam tangan, tablet, dan juga permainan. Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, boleh menyemak ciri ini dengan mengakses aplikasi mini Device2Cash hari ini.