Microsoft hari ini telah mula memperluaskan penawaran ciri “Think Deeper” kepada para pengguna perkhidmatan CoPilot secara percuma. Untuk makluman, ciri ini sebelum ini telah sedia ditawarkan kepada pengguna berbayar dan kini ia diperluaskan kepada pengguna CoPilot percuma.

Model baharu “Think Deeper” ini hadir dengan sokongan penaakulan, sekaligus memberikan jawapan yang lebih baik, terutamanya melibatkan matematik, sains, dan beberapa yang lain. Microsoft turut menekankan penggunaan ciri ini akan mengambil masa memproses lebih lama berbanding CoPilot biasa, dalam usaha mendapatkan jawapan melibatkan semua sudut dan perspektif.
Bagi anda yang menggunakan CoPilot, boleh menggunakan ciri ini dengan tap pada butang “Think Deeper” pada tetingkap sembang CoPilot.