Apple AirPods adalah antara produk audio yang menyasarkan kepada semua pengguna, kerana ia mudah untuk digunakan. Disebabkan itu, akan ada ramai yang ketinggalan dengan kemas kini baharu yang mungkin menambah ciri baharu atau membaiki pepijat. Bagaimana cara untuk mengemaskini perisian AirPods?

Baru-baru ini, Apple akhirnya menerbitkan artikel ringkas untuk bagaimana anda boleh mengemaskini AirPods anda atau memastikannya ia sentiasa menjalankan versi yang terkini. Jawapannya ringkas dan mudah, iaitu ia berlaku secara automatik. Setiap kali anda selesai menggunakan AirPods dan ia sedang dicas, ketika itulah kemas kini di muat turun dan dipasang.
Untuk memastikannya, Apple memberi cara untuk menyemak;
- Pastikan AirPods anda berada berdekatan dengan peranti Apple anda yang telah disambungkan dengan WiFi.
- Pastikan setiap putik telinga berada di dalam pod pengecas dan ditutup.
- Cas AirPods anda dengan kabel USB.
- Pastikan pod pengecas kekal tertutup dan pengecasan berjalan selama 30 minit.
- Buka pod pengecas dan sambungkan pada peranti Apple anda.
- Semak versi perisian di dalam tetapan Bluetooth.

Kaedah yang sama boleh dilakukan pada AirPods Max. Untuk menyemak versi perisian AirPods terkini, anda boleh layari laman web Apple di bawah.
- AirPods Pro 2 dengan MagSafe Charging Case (USB-C): 7B21
- AirPods 4 dengan Active Noise Cancellation: 7B20
- AirPods Max (USB-C): 7A291