Carian
SKMM Melancarkan Chatbot Sebenarnya.my Untuk Perangi Berita Palsu Di WhatsApp
January 28, 2025 Amy Maizuraa

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Chatbot Sebenarnya.my yang akan berfungsi untuk mengekang penyebaran berita palsu. Dalam masa sama membolehkan pengguna menyemak kesahihan setiap berita atau maklumat yang dikongsi terutamanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check (AIFA) itu dibangunkan melalui SKMM dengan kerjasama rakan strategik yang juga memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia turut berperanan untuk meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my dengan beberapa objektif utama. Antaranya termasuklah bantu menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan cepat dan mudah, mempercepatkan maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian serta memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.

AIFA boleh diakses 24 jam sehari melalui portal https://sebenarnya.my/ dan aplikasi WhatsApp (di talian +603-86887997). Selain itu menyokong empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk akses kepada pelbagai kumpulan pengguna. Pada masa ini hanya input dalam format teks yang disokong namun akan diperluaskan dalam format lain pada masa hadapan.

Komen