Cari @ Amanz

Meta AI Turut Kini Mempunyai Ciri Memori Untuk Mengingati Butiran Penting Peribadi

Link Copied!

Meta AI baru-baru ini telah dikemaskini dengan ciri memori baharu iaitu Memory Boost. Ia adalah ciri sama yang telah diperkenalkan pada ChatGPT oleh OpenAI dan Gemini oleh Google. Ciri memori ini boleh mengingati butiran penting peribadi pengguna untuk AI memberi maklum balas yang lebih tepat.

Ciri ini diedarkan pada platform Facebook, Messenger dan WhatsApp untuk pengguna Android dan iOS. Kaedah penggunaan yang lebih menarik dan ringkas, kerana setiap perbualan antara pengguna dan Meta AI – ia akan mengingati apa yang pengguna taip. Cuma, di dalam ruang perbualan berkumpulan – ciri ini tidak akan diaktifkan. Berbeza dengan ChatGPT dan Gemini yang ada ruang dan segmen khas untuk pengguna isi butiran, Meta AI terus ingat apa yang pengguna telah nyatakan.

Misalnya anda tanya kepada Meta AI mengenai cadangan makan tengah hari, ia akan menjawab “Ham dan keju adalah makanan terbaik”. Kemudian anda membalas “tetapi, saya islam dan ham tidak halal” – Meta AI akan terus ingat dengan setiap perbualan berkaitan seterusnya ia hanya akan mencadangkan makanan halal sahaja.

Semua data yang disimpan oleh memori ini turut boleh disunting pengguna untuk sama ada lihat dan padam.


Komen ()