Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat kini berkongsi dengan wartawan mengatakan Microsoft dalam perbincangan untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat. Namun, tiada maklumat lanjut berkenaan dengannya dikongsikan.
Presiden baru Amerika Syarikat tersebut turut mengatakan terdapat pelbagai pihak yang menyatakan minat terhadap TikTok. Ini adalah lanjutan daripada arahan kerajaan dalam meminta sekurang-kurangnya 50% pegangan operasi TikTok di Amerika Syarikat dimiliki oleh firma tempatan.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan Oracle turut sedang membida untuk mendapatkan operasi TikTok yang disertai beberapa pelabur termasuk Microsoft. Ia tidak diketahui sama ada Microsoft turut sedang mencuba nasib secara persendirian dalam mendapatkan syarikat media sosial popular tersebut.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak ByteDance akan memilih untuk menjual operasi atau menutupnya sepenuhnya di Amerika Syarikat.