SoftBank Dilaporkan Ingin Melabur Sehingga $25 Bilion Pada OpenAI
January 30, 2025
Kecerdasan Buatan
Aman
SoftBank sedia melabur pada beberapa syarikat teknologi sebelum ini, termasuk pada WeWork, Uber dan lain-lain. Terbaru, FT melaporkan SoftBank dalam perbincangan untuk melabur sehingga $25 bilion pada OpenAI.
Buat masa ini, ia masih pada fasa perbincangan, dan jumlah pelaburan akhir masih tidak diketahui lagi. Ia dikatakan pelaburan ini adalah berbeza dengan komitmen sehingga $15 bilion sebelum ini untuk projek Stargate yang memfokuskan pembangunan infrastruktur memfokuskan kecerdasan buatan di Amerika Syarikat.
Pihak OpenAI dan SoftBank tidak mengeluarkan sebarang komen terhadap laporan terbaru ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.