Carian
Panggilan Video Menggunakan Satelit Pertama Dunia Dilakukan Oleh Vodafone
January 30, 2025 Effi Saharudin

Perkhidmatan penghantaran SMS dan panggilan suara menggunakan sambungan satelit mula ditawarkan pada telefon pintar moden sejak 2022. Kini Vodafone syarikat komunikasi dari United Kingdom telah melalukan pula panggilan video menggunakan sambungan satelit pertama dunia dengan ia akan ditawarkan kepada pelanggan mereka di Eropah menjelang penghujung tahun ini.

Panggilan dilakukan antara seorang jurutera Vodafone di sebuah lokasi di Wales yang tidak mempunyai rangkaian selular dengan CEO syarikat Margherita Della Valle. Panggilan sealam 45 saat dilakukan dalam demo yang dikongsi oleh Vodafone. Perkhidmatan ini adalah hasil kerjasama Vodafone dengan syarikat telekomunikasi AST SpaceMobile. Walaupun perkhidmatan akan dilancarkan tahun ini, masih tiada maklumat berapakah bayaran yang akan dikenakan.

Yang menjadikan teknologi yang digunakan ini menarik ialah panggilan video menggunakan rangkaian satelit dilakukan menerusi telefon pintar 4G dan 5G sedia ada tanpa kelengkapan khas. Menerusi perkhidmatan ini juga, rangkaian internet dengan kelakuan 120 Mbps juga dapat dinikmati pelanggan di lokasi yang lazimnya tiada perkhidmatan selular.

Komen