Carian
Microsoft Surface Laptop 7 dan Surface Pro 11 Dilancarkan Pula Dengan Cip Intel
January 31, 2025 Effi Saharudin

Microsoft melancarkan pula Surface Laptop 7 dan Surface Pro 11 dengan cip Intel Lunar Lake pagi ini khusus untuk kegunaan pelanggan perniagaan. Sebelum ini kedua-dua komputer riba ini dilancarkan dengan cip Snapdragon X sahaja.

Surface Laptop 7 ditawarkan dalam dua pilihan saiz 13.8″ dan 15″ dengan ia dipadankan dengan cip sehingga Intel Core Ultra 7, memori sehingga 32GB RAM dan storan SSD sehingga 1TB. Bateri pada model skrin 13.8″ boleh bertahan sehingga 20 jam manakala model dengan skrin 15″ pula boleh bertahan sehingga 22 jam. Pilihan I/O pula ialah 1x USB-A 3.2, 2x Thunderbolt 4 ports, 1x Surface Connect dan bicu audio 3.5mm. Pada model 15″ terdapat satu port tambahan pembaca kad MicroSDXC Express.

Surface Pro 11 pula ditawarkan dalam dua pilihan saiz 13″ LCD atau 13″ OLED dengan ia dipadankan dengan cip sehingga Intel Core Ultra 7, memori sehingga 32GB RAM dan storan SSD sehingga 1TB. Bateri pada tablet Windows ini boleh bertahan sehingga 14 jam dengan sekali caj. Terdapat kamera web yang menyokong resolusi QHD di hadapan dan kamera belakang 10MP. Pilihan I/O pula ialah 2x Thunderbolt 4 ports, 1x Surface Connect dan sambungan untuk Surface Pro Keyboard. Tiada sokongan bicu audio 3.5mm atau pembaca kad memori disertakan pada model ini.

Kedua-dua model akan mula dijual bermula 18 Februari dengan harga bermula $1,500 (~RM 6612) sebuah.


Komen