Intel membatalkan pengeluaran cip kecerdasan buatan (AI) Falcon Shores selepas melihat kegagalan cip Gaudi 3 yang mereka lancarkan sebelum ini. Gaudi 3 gagal memenuhi jualan bernilai $500 juta yang disasarkan oleh Intel sebelum ini. Pada waktu yang sama AMD menyasarkan j$7 bilion dan NVIDIA pula menyasarkan $195 bilion untuk jualan cip AI pusat data mereka.

Falcon Shores akan dijadikan cip ujian dalaman sahaja bagi membangunkan cip AI generasi seterusnya iaitu Jaguar Shores. Penjajaran semula produk yang ditawarkan oleh Intel selari dengan hala tuju baharu syarikat untuk kembali mengaut keuntungan berikutan kegagalan tahun lalu. Akibat kerugian yang berlaku, Pat Gelsinger telah dipaksa meletakkan jawatan.
Dalam laporan kewangan Q4 yang diterbitkan semalam, Intel mencatatkan penyusutan pendapatan sebanyak 7% tahun-ke-tahun dengan perniagaan pusat data serta AI mencatatkan penyusutan 3% tahun-ke-tahun.