Carian
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
January 31, 2025 Amy Maizuraa

WhatsApp kini menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta acara pada tetingkap sembang individu. Ini bermakna pengguna boleh menjadualkan dan mengurus acara secara langsung dalam perbualan peribadi. Dengan keupayaan ini, pengguna boleh merancang, mengurus serta menetapkan peringatan untuk tugas penting dengan mudah.

Sebagai contoh, dua rakan sekerja yang membincangkan tarikh akhir untuk tugasan penting lalu memastikan kedua-duanya dapat mengikut deadline tertentu. Selebihnya mungkin boleh digunakan untuk penjadualan janji temu terbaik untuk perniagaan, yang membolehkan anda dan bakal pelanggan menjadualkan mesyuarat tanpa kekeliruan tentang tarikh serta masa. Ibu bapa dan guru juga boleh menjadualkan mesyuarat dalam perbualan mereka untuk perbincangan penting tentang pembelajaran anak-anak.

Pengenalan ini menjadi peningkatan yang menarik berbanding sebelum ini yang hanya terhad pada sesuatu perbualan berkumpulan sahaja. Konsepnya juga dilihat sama seperti ciri mencipta sembang sebelum ini termasuk kebolehan menentukan lokasi untuk mesyuarat secara bersemuka. Manakala interaksi secara maya pula boleh dilakukan dengan cara mencipta pautan untuk panggilan WhatsApp. Penerima juga mempunyai pilihan untuk menerima tau menolak bagi memastikan pengesahan yang jelas diantara kedua-dua pihak.

Perlu diingat bahawa ciri ini sudah tersedia untuk beberapa penguji beta dengan kemaskini WhatsApp terkini. Ia akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Ikuti berita menarik daripada akami dengan mengikuti saluran Amanz di WhatsApp Channel.

Komen