Carian
Google Maps Kini Boleh Digunakan Pada Now Bar Samsung Galaxy S25
January 31, 2025 Fahim Zahar

Now Bar adalah jawapan Samsung kepada Dynamic Island oleh Apple. Ia adalah satu buih pintar di tengah bawah kunci skrin, yang apabila ditekan akan memaparkan informasi dalam bentuk kad. Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai rumusan untuk pagi, petang dan malam. Terbaru, sokongan Google Maps telah diaktifkan.

Sebelum ini, walaupun Google Maps telah muncul dalam tetapan Now Bar dalam One UI 7 pada Samsung Galaxy S25 – penggunaannya belum diaktifkan. Kini, apabila diaktifkan anda boleh kunci skrin selepas mencari arah selok-belok ke mana-mana destinasi. Now Bar kemudiannya akan memaparkan dengan ringkas arahan selok-belok. Paparan kad turut ditawarkan jika ingin melihat butiran tambahan.

Secara teorinya, penggunaan Google Maps pada Now Bar akan menjimatkan bateri peranti kerana menggunakannya dalam keadaan skrin terkunci selain turut terhad kepada melihat atau menamatkan navigasi sahaja.

Komen