Netflix mengaktifkan ciri memuat turun kesemua episod siri mengikut musim secara serentak di iPhone dan iPad hari ini. Ini ialah ciri yang telah diberikan kepada pengguna Android sejak empat tahun lalu. Dengan ciri kesemua episod dalam semusim untuk siri Netflix dimuat turun dengan menekan satu butang sahaja.

Dengan kemas kini baharu ini, anda boleh tekan satu butang yang dilabel Download xx Episodes (XX adalah jumlah episod mengikut musim) atau Download Season x (X adalah nombor musim) di sebelah butang Share.
Selepas tekan, aplikasi akan terus memulakan proses memuat turun kesemua episod yang ada dalam satu musim siri TV, animasi atau dokumentari yang dipilih. Kini untuk maratonton kandungan Netflix di iPhone dan iPad di luar talian dengan lebih mudah dan tidak lagi terlupa menekan muat turun sesuatu episod.