LinkedIn : Malaysia Mempunyai Lebih 8 Juta Pengguna Berdaftar
Aman
LinkedIn telah mengemaskini angka pengguna terbaharu mereka, memperlihatkan kini Malaysia mempunyai lebih 8 juta pengguna berdaftar pada platform berkenaan. Secara menyeluruh, LinkedIn mempunyai lebih 1 bilion pengguna berdaftar di 200 buah negara seluruh dunia.

Dengan angka lebih 8 juta pengguna berdaftar ini juga, ia membawa kepada LinkedIn tertakluk dibawah keperluan lesen untuk operasi media sosial. Kali terakhir ia dikongsikan SKMM dalam perbincangan bersama LinkedIn untuk tujuan perlesenan ini.
Berkuat-kuasa 1 Januari 2025, Malaysia telah menetapkan keperluan untuk media sosial dengan lebih 8 juta pengguna berdaftar dan mempunyai lesen operasi di Malaysia. Antara yang telah melakukan pendaftaran setakat ini adalah TikTok, WeChat, dan Telegram. Meta masih dalam proses mendapatkan lesen operasi mereka, sementara X mengatakan mereka tidak mencukupi 8 juta pengguna di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.