Carian
Instagram Menambah Ciri Baharu Untuk Memudahkan Pencipta Kandungan
January 31, 2025 Amy Maizuraa

Instagram membuat beberapa perubahan baharu pada aplikasi untuk memastikan para pencipta memahami prestasi kandungan mereka. Tujuan utama adalah memudahkan mereka menilai keberkesanan kandungan yang dimuat naik kemudian mengambil tindakan untuk menyesuaikan apa yang perlu diperbaiki untuk penambahbaikan berterusan.

View Rate adalah satu daripada kiraan metrik baharu yang ditambah pada aplikasi. Ia boleh menyemak sejauh mana kandungan Reels ditonton, dimainkan semula dan menjangkau penonton baharu. Beberapa saat pertama Reels adalah penting, maka kiraan metrik baharu ini boleh bantu pencipta melihat sama ada kandungan mereka menarik perhatian ramai atau sebaliknya.

Sementara itu fungsi Views Over Time pula boleh menyediakan satu lagi perbandingan prestasi Reels dalam kalangan kedua-dua pengikut dan bukan pengikut. Selain itu Instagram turut menyediakan lebih banyak tips dan trick untuk membuat kandungan Reels yang bukan sahaja menarik, tetapi juga mampu memaksimumkan jangkauan penonton.

Perubahan ini sebahagian daripada usaha berterusan Instagram untuk membantu pencipta menghasilkan kandungan yang bernilai, bermaklumat dan menarik. Seterusnya menghubungkan kandungan mereka dengan lebih banyak komuniti.

Komen