Carian
Forza Horizon 5 Akan Tiba Ke PlayStation 5 Setelah Sekian Lama Eksklusif Di Xbox
January 31, 2025 Effi Saharudin

Seperti ura-ura yang didengari sejak tahun lalu, Microsoft akhirnya mengesahkan Forza Horizon 5 akan tiba ke konsol PlayStation 5 pada musim bunga akan datang. Tarikh belum lagi dimuktamadkan tetapi mungkin sekitar Mac atau April depan. Forza Horizon 5 sebelum ini dilancarkan secara eksklusif untik konsol seris Xbox Series X dan Series S sahaja dan PC.

Strategi Microsoft sejak akhir-akhir ini ialah tidak lagi menyimpan permainan terbitan mereka secara eksklusif untuk Xbox. Tahun lalu Minecraft, Hi-Fi Rush, Sea of Thieves dan Pentiment ditawarkan ke PlayStation 5. Dengan Forza Horizon 5 disahkan untuk PS5, kedengaran pula permainan seterusnya yang akan dibawa ke konsol pesaing ialah Halo: The Master Chief Collection.

Dalam perang konsol generasi semasa, Xbox seperti sudah melayangkan bendera pula dengan PlayStation 5 dinobatkan sebagai juara dengan jualan melebihi 70 juta unit setakat ini. Sony pula telah mula menawarkan permainan mereka seperti The Last of Us Part 1, God of War dan Helldivers 2 ke PC sebagai usaha mengembangkan IP mereka ke platform lain bagi meningkatkan keuntungan.

Komen