Carian
Meta Lambat Respon Untuk Perkembangan TikTok Kerana Merasakan TikTok Bukan Sosial
January 31, 2025 Aman

Mark Zuckerberg kini dipetik berkongsi secara dalaman, melalui rakaman yang diperolehi oleh Business Insider, mengaku yang mana Meta lambat bangunkan penyelesaian atau respon kepada TikTok.

Mark Zuckerberg mengatakan pada awalnya mereka merasakan TikTok bukan perkhidmatan sosial. Ketika awal pengenalan TikTok, Meta merasakan ia merupakan perkhidmatan memfokuskan video seperti YouTube.

Ini membuatkan Meta lambat dalam hadir dengan penyelesaian atau penawaran lebih kurang sama. Tetapi, kebelakangan ini, selain fokus terhadap arena kecerdasan buatan, Meta juga kini memfokuskan penawaran seperti Threads, ingin memudahkan penghasilan video melalui Edits, dan turut ingin mengembalikan zaman kegemilangan Facebook seperti suatu ketika dahulu.

Komen