Microsoft Paint merupakan salah satu aplikasi yang hadir terbina pada komputer Windows, menawarkan kemudahan untuk membuat lakaran dan penyuntingan gambar asas melaluinya. Sebelum ini, Microsoft pernah memperkenalkan beberapa ciri dikuasakan kecerdasan buatan pada Microsoft Paint, dan melalui kemaskini terbaharu yang sedang diuji pada versi pembangunan, Microsoft mengintegrasikan butang CoPilot terus pada Microsoft Paint.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mengakses sejumlah ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan dengan mudah, dan pada masa yang sama mengadaptasi jenama CoPilot. Dibawah butang tersebut, apabila klik padanya, pengguna akan diberikan akses kepada ciri seperti CoCreator, Image Creator, Generateive Erase dan juga Remove Background.
Untuk makluman, butang CoPilot ini dipaparkan apabila pengguna menggunakan peranti yang disahkan dengan persijilan CoPilot+ PC sahaja.
Ciri ini sedang diuji pada peringkat pembangunan Windows 11, dan mungkin diperluaskan kepada semua secara berperingkat dalam beberapa bulan lagi.