Carian
Kementerian Digital Dan Sumber Manusia Akan Kaji Impak Teknologi Terhadap Pekerjaan
February 2, 2025 Aman

Kementerian Digital kini mengumumkan akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam mengkaji impak perkembangan teknologi terhadap pekerjaaan pada masa akan datang, terutamanya apabila melibatkan perkembangan arena kecerdasan buatan kebelakangan ini.

Seperti ramai sedia maklum, kecerdasan buatan janaan kini memperlihatkan perkembangan pesat, dimana pelbagai syarikat teknologi bersaing satu sama lain dalam membangunkan model mereka dalam mencapai fasa AGI. Perkembangan ini juga membawa kepada pembangunan sampingan seperti jurutera berasaskan kecerdasan buatan yang memudahkan pengaturcaraan. Beberapa syarikat di barat telah mula mengurangkan angka pekerja dalam mengimplementasi penggunaan kecerdasan buatan pada produktiviti harian.

Menteri Digital mengatakan mereka ingin memastikan penggunaan teknologi akan meningkatkan perniagaan dan ekonomi setempat, dan pada masa yang sama memastikan rakyat mempunyai pekerjaan. Dengan memulakan kajian awal, kerajaan menyasarkan untuk memastikan sektor yang terkesan dengan teknologi digital ini, sekaligus mempunyai penyelesaian sewajarnya sebelum ia memberikan impak yang besar.

Komen