OpenAI hari ini membuat kejutan dan mengumumkan sebuah ciri baharu kepada para pengguna berbayar mereka, dinamakan “Deep Research”. Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada kajian dan penyelidikkan lebih mendalam berkenaan sesuatu perkara dan mempersembahkan laporan yang lengkap berkenaan dengannya.

Jikalau diperbandingkan dengan model lain, OpenAI menjanjikan jawapan yang lebih jitu dan jelas melalui Deep Research ini, disamping melalui sokongan penaakulan lebih baik, ia memberikan laporan yang baik kepada pengguna. Ciri ini juga sesuai untuk anda yang inginkan sesuatu jawapan dan laporan lebih menyeluruh, dan bukan singkat seperti yang ditawarkan melalui ChatGPT sebelum ini.
Ciri Deep Research ini ditawarkan kepada pengguna berbayar ChatGPT Pro sahaja buat masa ini. Dengan langganan $200 sebulan, pengguna akan dapat menggunakan ia untuk 100 pertanyaan setiap bulan. OpenAI menyasarkan pengenalan Deep Research ini untuk pengguna ChatGPT Plus dalam sekitar sebulan lagi.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi seberapa jitukan jawapan yang ditawarkan Deep Research ini, dan adakah ia masih berhalusinasi atau sebaliknya.