Di acara Unpacked dua minggu lalu, Samsung mengacah pelancaran peranti skrin tri-lipat dan cermin mata pintar pertama mereka. Dengan kewujudannya kini seakan telah disahkan, tiba spekulasi mengenai nama yang akan digunakan pada produk yang akan dilancarkan. Muncul laporan daripada Never yang mengatakan peranti skrin tri-lipat pertama Samsung bakal menggunakan nama Galaxy G Fold.

Peranti dipercayai akan mempunyai skrin sebesar 9.96″ apabila dibuka sepenuhnya dengan berat pula setanding dengan Huawei Mate XT yang merupakan peranti skrin tril-lipat pertama dunia. Samsung Display sudahpun menghasilkan beberapa prototaip skrin tri-lipat sebelum ini tetapi sehingga kini belum dipasarkan. Skrin yang digunakan oleh Huawei dihasilkan oleh BOE.
Diramalkan peranti skrin tri-lipat pertama Samsung mungkin dilancarkan awal 2026. Yang menjadi persoalan ialah sama ada wujud pasaran untuk peranti dalam kategori ini dengan harga jualan yang jauh lebih premium.