Perkara yang kurang menyenangkan mengenai penggunaan jam tangan pintar ialah ia perlu dicas setiap 2-3 hari sekali. Bagi mereka yang tidak mahu menghabiskan masa mengecas jam tangan setiap malam, Casio AE-1600H-1AV telah dilancarkan dengan ia dilengkapi bateri yang bertahan selama 10 tahun.

Ia dilengkapi skrin LCD yang memaparkan waktu, tarikh dan ciri jam randik. Lampu LED Illuminator disertakan membolehkan waktu dilihat dalam suasana gelap. Keseluruhan kerangka dan tali ham diperbuat daripada bahan resin tahan lasak. Ini membolehkan ia dibawa menyelam sehingga kedalaman 100 meter. Tiada sokongan bluetooth dan aplikasi seperti beberapa jam Casio yang pernah dilancarkan sebelum ini.
Casio AE-1600H-1AV ditawarkan dalam pilihan warna hitam, kelabu dan kuning air dengan harga RM219 seutas.