Carian
AMD
AMD Ryzen 9000X3D dan AMD Radeon RX 9070 Dijangka Akan Dilancarkan Pada Bulan Mac 2025
February 3, 2025 Nazrin

AMD telah memperlihatkan sejumlah komponen-komponen baru di acara CES 2025 dengan memperlihatkan penawaran siri cip pemprosesan X3D terbaru mereka, iaitu AMD Ryzen 9 9950X3D dan AMD Ryzen 9 9900X3D dan kad grafik AMD Radeon RX 9070.

Sehingga kini, AMD belum mengumumkan lagi bilakah komponen-komponen ini akan dilancarkan, tetapi laman berita teknologi dari Perancis, Cowcotland telah melaporkan bahawa ia dijangka bahawa kedua-dua siri komponen ini akan mula dilancarkan pada bulan Mac tahun ini.

Walaupun tiada pengesahan diberikan mengenai pelancaran ini, ia selari dengan pengumuman AMD yang mengatakan bahawa sekurang-kurangnya cip pemprosesan AMD Ryzen 9 9950X3D dan AMD Ryzen 9 9900X3D akan tiba ke pasaran pada suku pertama 2025. Jika laporan ini adalah benar, strategi AMD mungkin ialah untuk melancarkan produk-produk ini sekaligus, dan mungkin sebagai cara untuk menjual produk-produk ini dalam satu berkas.

AMD Ryzen 9 9950X3D dilihat hadir dengan 16 teras fizikal dan 32 bebenang kuasa dan boleh dilewahjam ke 5.7GHz, manakala AMD Ryzen 9 9900X3D hadir dengan 12 teras fizikal dan 24 bebenang kuasa dan boleh dilewahjam ke 5.5GHz.

Untuk kad grafik AMD Radeon RX 9070 pula, ia menggunakan cip pemprosesan grafik Navi 48 dengan 4096 teras fizikal dan hadir dengan 16GB memori GDDR6.

Buat masa ini, tanda harga untuk produk-produk ini juga belum diketahui lagi.

Komen