Carian
Tecno POVA 7 Mungkin Akan Tiba Tidak Lama Lagi Dengan Sistem LED Seakan Nothing
February 3, 2025 Fahim Zahar

Tecno POVA baharu akan dilancarkan tidak lama lagi. Akaun X POVA untuk pasaran India berkongsi imej acah tertiris dan juga klip video angkasa lepas yang mungkin adalah untuk rekaan serta kemasan peranti. Ia dikatakan adalah untuk siri POVA 7 yang mungkin akan tiba dalam masa terdekat.

Buat masa ini masih tiada sebarang informasi apakah spesifikasi bagi peranti Tecno POVA 7 ini. Imej yang dikongsi setakat ini mengacah bonggol kamera segi tiga seakan peranti Huawei. Di sekeliling bonggol kamera ini turut akan terdapat jalur LED putih seakan Glyph pada Nothing Phone. Tecno POVA selama ini dipasarkan sebagai peranti gaming mampu milik yang bersaing dengan Infinix GT.

Di Malaysia POVA 6 Neo, POVA 6 dan POVA 6 Pro dijual pada harga bermula RM699, RM899 dan RM999. Sama-sama kita nantikan apakah keunikan dan keistimewaan peranti Tecno POVA baharu ini.

Komen