Counterpoint menerbitkan senarai 10 telefon pintar paling laku sepanjang 2024 dan seperti senarai 2023, kesemuanya adalah yang dikeluarkan oleh Apple dan Samsung. Apple mengeluarkan 6 iPhone paling laku dengan empat lagi dipegang oleh Samsung Galaxy.

Yang mengejutkan iPhone 15 ialah model paling popular diikuti oleh 15 Pro Max dan 15 Pro. Ini diikuti pula oleh Galaxy A15 5G. Ini meneruskan trend tahun lalu yang melihat model iPhone tahun sebelumnya mencatatkan jualan tertinggi dengan peranti mampu milik Samsung mula mengalahkan jualan peranti mercu.
Berita baik bagi Samsung ialah tahun lalu S24 Ultra tersenarai sebagai antara peranti dengan jualan tertinggi sedangkan tahun 2023 siri S24 langsung tidak memasuki carta 10 teratas. Boleh diramalkan trend yang sama akan berterusan tahun ini. Adakah peranti yang anda gunakan sekarang wujud dalam senarai di atas?