Carian
Google Gemini Kini Lebih Berkuasa Apabila Diseru Dari Peranti Dengan Skrin Terkunci
February 4, 2025 Fahim Zahar

Penggunaan pembantu maya atau pembantu digital pada peranti Android sudah bertahun lamanya bagus dan menarik kerana Google Asisstant. Namun dengan pengenalan Gemini, penggunaannya menjadi kurang menyerlah tetapi pengenalan kepada Gemini Extensions mengubah segalanya. Terbaru, melalui sokongan Extensions – penggunaan Gemini pada kunci skrin adalah lebih pantas dan berguna.

Ia lebih berguna berbanding Google Assistant. Hanya buka aplikasi Gemini, pergi ke tetapan dan cari Gemini on lock screen, kemudian aktifkan kedua-dua ciri. Sebaik sahaja ia diaktifkan, menyeru Hey Google ketika peranti terkunci akan mengeluarkan Gemini untuk arahan suara. Ia menyokong mencipta nota, peringatan, menyemak waktu operasi sesuatu perniagaan dan banyak lagi.

Namun beberapa penggunaan seperti menyemak kalendar atau menyemak trafik memerlukan peranti dinyahkunci kerana ia menggunakan data peribadi. Sebagai pengguna Google Assistant yang sedikit kecewa dengan Gemini sebelum ini, kini saya rasa gembira dan sangat bersyukur kerama hari demi hari Gemini menjadi semakin pantas dan adalah sekali lagi pembantu digital paling bijak dan yang paling berguna.

Komen