Beberapa Perkhidmatan BSN Akan Tergendala Pada 9 Februari Untuk Penyelenggaraan
Amy Maizuraa
Bank Simpanan Nasional (BSN) memetik kenyataan terkini memaklumkan gangguan perkhidmatan akan berlaku pada Ahad iaitu 9 Februari 2025. Sehubungan itu, beberapa perkhidmatan yang melibatkan akses ke sistem terlibat akan tergendala buat sementara waktu diantara jam 12 tengah malam hingga 4/8 pagi pada tarikh berkenaan.

Perkhidmatan yang terlibat adalah perbankan internet myBSN, aplikasi myBSN Mobile (pindaan segera duitnow, JomPay & FPX), transaksi kad debit BSN dan BSNeBiz. Ia dikatakan berlaku disebabkan aktiviti penyelenggaraan berjadual bagi memastikan perkhidmatan yang selesa untuk para pelanggan. Pihak BSN memohon maaf di atas sebarang kesulitan serta menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.