Apple Music Replay adalah jawapan Apple kepada Spotify Wrapped. Namun, penawarannya kurang menarik kerana Replay sejak tahun lepas, mereka mula menawarkannya secara bulanan. Terbaru, Apple Music Replay 2025 telah boleh diakses.

Apple Music Replay 2025 untuk fasa awal ini, ia melihat corak pendengaran pengguna yang mendengar salah satu muzik dalam senarai 100 muzik yang dikemaskini setiap minggu. Ia akan dikemaskini setiap hari Ahad dan menjelang Disember 2025 nanti, senarai main lengkap dengan 100 lagu akan diperkenalkan.
Pada masa yang sama, Apple Music turut mengekalkan Highlight Reel iaitu rangkuman muzik popular yang lebih lengkap termasuk dengan statistik pada Replay untuk Disember nanti. Untuk Replay 2025 mula muncul, anda perlu kerap menstrim muzik di Apple Music terlebih dahulu.