Carian
Google Gemini Kelak Akan Berfungsi Di Dalam Google Maps Pula
February 4, 2025 Fahim Zahar

Google Gemini sangat mudah untuk diakses, sama ada dengan kawalan gestur, menekan butang kuasa atau menyeru Hey Google. Ia turut boleh dipaparkan di mana-mana aplikasi yang terbuka, namun integrasi penuh masih tidak disokong. Misalnya, aplikasi yang tidak menyokong Gemini hanya akan mengeluarkan teks Ask about screen, sementara yang menyokong akan ada fungsi tambahan.

Terbaru, integrasi untuk Google Maps pula akan tiba. Walaupun Google Maps telah ditawarkan dalam bentuk pemalam Gemini Extensions, penggunaannya masih belum meluas. carian AI dengan konteks perbualan manusia dalam Google Maps, hanya disokong di Amerika Syarikat. Akan datang, jika anda menyeru Gemini ketika Google Maps dibuka – ia akan mengeluarkan teks Ask about this place.

Ini bermakna, Gemini akan boleh memberi maklumat menarik yang terkini berdasarkan lokasi dalam Google Maps. Harapnya ciri ini akan ditawarkan secara meluas dan turut diintegrasikan ke dalam Gemini Live.

Komen