Diskaun Tol 50% Akan Dilaksanakan Bagi Semua Musim Perayaan Tahun Ini
Amy Maizuraa
Pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus akan dilaksanakan bagi musim perayaan utama termasuk Aidilfitri pada tahun ini menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Ia dijadikan mekanisme baharu untuk menggantikan dasar pemberian tol percuma yang diamalkan sebelum ini. Selain itu, pelaksanaan itu juga dapat mengurangkan beban belanjawan kerajaan kepada RM80 juta setahun berbanding RM180 juta sekiranya pemberian tol percuma.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina. Ia telah dilaksanakan bermula pukul 12.01 tengah malam 27 Januari dan berakhir pukul 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.