Carian
Huawei Malaysia Mengadakan Pelancaran Produk Baharu Pada 18 Februari 2025
February 5, 2025 Amy Maizuraa

Huawei Malaysia mengumumkan acara pelancaran produk baharu pada 18 Februari akan datang. Ia boleh menjadi pelancaran untuk peranti skrin tri-lipat Huawei Mate XT yang diumumkan di China sebelum ini. Imej acah untuk acara juga jelas menunjukkan mekanisme lipatan yang pernah digunakan pada peranti skrin tri-lipat mereka sedia ada.

Dengan ini nampaknya Malaysia akan menjadi salah satu negara yang akan diberi penawaran peranti skrin tri-lipat. Selain itu Huawei juga menjadi syarikat terawal yang melancarkan peranti sebegini secara komersial. Masih belum jelas mengenai perkakasan dalaman tetapi ia dibuat daripada tiga bahagian berbeza bersama dua mekanisme engsel.

Ia boleh dilipat ke dalam serta keluar dalam masa yang sama. Apabila digunakan dilipat kelihatan seperti sebuah telefon pintar biasa. Dilipat separuh pula boleh berfungsi sebagai tablet mini dan dibuka sepenuhnya boleh memberikan paparan yang luas seperti tablet besar.

Selain daripada itu, Huawei juga dijangka hadir dengan beberapa lagi produk baharu lain.  Pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti baharu Huawei ini.

Komen